Sunday 21 October 2012

Ep 1. Warisan Tompat Ahmad

Aku dah lama sangat tak menulis ni, superbabeng punya busy lah katakan. Just nak story sikit ni, Ep Satu warisan kami, Warisan Tompat Ahmad. Jangan ditanya kenapa, sebab kami je yang tau jawapan dia. Well aku pun actually tak berapa aktif dalam group ni, diorang selalu keep in contact through 'Whatsapp' je, bagi yang tidak menggunakan smart phone macam aku ni memang sepi la cerita dia. So mak aku jelah yang rajin bersembang dia rangkaian sana. 

Berbalik kepada tajuk, aku taip Ep Satu bukan sebab apa tapi jika ada peluang maka akan ada Ep seterusnya. Ep pertama warisan kami merayau ke Cameroon Highland. Pada 19 October 2012, sebanyak 10 biji kereta dikonvoi oleh pemandu bersaudara ni ke Cameroon Highland dan perjalanan bermula seawal 12 tengah malam. Ceritanya berkumpul pukul 12 lah kan dekat RnR Rawang tapi biasalahkan approximate pukul 2 jugak la baru bertolak. Then malam tu bapak aku pulak yang lead kan, memang pagi jugak la baru sampai. Eh eh lupa, aku sebut 10 biji kereta bukan sebab apa, tapi aku taktau total berapa ramai orang yang join. 

Aku takkan letak gambar dekat sini banyak banyak, sebab bukan aku yang menangkap gambar gambar tu, tapi kalau nak tengok dekat mana boleh la tanya. Tau la aku nak sambungkan kemana atau ke siapa, aku dapat rasakan la jugak yang perubahan suhu dekat sana. Walaupun berubah tapi menggeletar lutut tu memang masih terasa, mungkin sebab hujan kot. 

Kecoh habis semua mak-mak nenek-nenek semua ni disatukan, sampai ada satu malam kena marah dekat penghuni villa tu sound kitorang sebab buat game masa BBQ kecoh sangat. Terima kasih sangat sangat dekat family Cik Wa dengan Cik Mi yang sudi arrange event macam ni, gentle happening and gentle puas hati. Biasa la kalau bukan aktiviti berbayar tentatif akan lari sikit, tapi kepuasan semua pihak tu yang penting. 

Macam macam tempat diterjah, ladang ladang teh, kedai kedai, pasar, macam macam gaya macam macam cara nak habiskan duit. Tapi itulah adat bercuti, duit habis haha. Dengan ragam keserabutan budak budak lagi, tapi mungkin kita tak sedar yang serabutnya budak budak tu salah satu meriahkan keadaan, yelah dari sunyi sepi dingin je, baik bercuti dua orang je kalau nak senyap senyap. Cuma satulah, kami takde gambar yang semua dikumpulkan sekali sebenarnya. Mungkin tiada kesempatan.

Hujan tak jadi penghalang sebenarnya dekat sana, benda semua boleh settle even though masa nak balik tu kereta tayar kiri dua dua biji boleh langgar lobang then takde angin. Kesemua kami berhenti dalam hujan tu settlekan kereta kitorang. Nasih baik jugak pergi ramai ramai, cuba kalau kitorang je yang ada dekat sana, tak ke sumbat nak kena tunggu pagi? haha. Thanks semua, ribuan terima kasih diucapkan. 

Sini aku selitkan la jugak beberapa gambar untuk tatapan :)







1 comment:

  1. hurmmm...macam menarik aje kan..insyaAllah nnt nak juga kesana

    ReplyDelete