Sunday 21 October 2012

Ep 1. Warisan Tompat Ahmad

Aku dah lama sangat tak menulis ni, superbabeng punya busy lah katakan. Just nak story sikit ni, Ep Satu warisan kami, Warisan Tompat Ahmad. Jangan ditanya kenapa, sebab kami je yang tau jawapan dia. Well aku pun actually tak berapa aktif dalam group ni, diorang selalu keep in contact through 'Whatsapp' je, bagi yang tidak menggunakan smart phone macam aku ni memang sepi la cerita dia. So mak aku jelah yang rajin bersembang dia rangkaian sana. 

Berbalik kepada tajuk, aku taip Ep Satu bukan sebab apa tapi jika ada peluang maka akan ada Ep seterusnya. Ep pertama warisan kami merayau ke Cameroon Highland. Pada 19 October 2012, sebanyak 10 biji kereta dikonvoi oleh pemandu bersaudara ni ke Cameroon Highland dan perjalanan bermula seawal 12 tengah malam. Ceritanya berkumpul pukul 12 lah kan dekat RnR Rawang tapi biasalahkan approximate pukul 2 jugak la baru bertolak. Then malam tu bapak aku pulak yang lead kan, memang pagi jugak la baru sampai. Eh eh lupa, aku sebut 10 biji kereta bukan sebab apa, tapi aku taktau total berapa ramai orang yang join. 

Aku takkan letak gambar dekat sini banyak banyak, sebab bukan aku yang menangkap gambar gambar tu, tapi kalau nak tengok dekat mana boleh la tanya. Tau la aku nak sambungkan kemana atau ke siapa, aku dapat rasakan la jugak yang perubahan suhu dekat sana. Walaupun berubah tapi menggeletar lutut tu memang masih terasa, mungkin sebab hujan kot. 

Kecoh habis semua mak-mak nenek-nenek semua ni disatukan, sampai ada satu malam kena marah dekat penghuni villa tu sound kitorang sebab buat game masa BBQ kecoh sangat. Terima kasih sangat sangat dekat family Cik Wa dengan Cik Mi yang sudi arrange event macam ni, gentle happening and gentle puas hati. Biasa la kalau bukan aktiviti berbayar tentatif akan lari sikit, tapi kepuasan semua pihak tu yang penting. 

Macam macam tempat diterjah, ladang ladang teh, kedai kedai, pasar, macam macam gaya macam macam cara nak habiskan duit. Tapi itulah adat bercuti, duit habis haha. Dengan ragam keserabutan budak budak lagi, tapi mungkin kita tak sedar yang serabutnya budak budak tu salah satu meriahkan keadaan, yelah dari sunyi sepi dingin je, baik bercuti dua orang je kalau nak senyap senyap. Cuma satulah, kami takde gambar yang semua dikumpulkan sekali sebenarnya. Mungkin tiada kesempatan.

Hujan tak jadi penghalang sebenarnya dekat sana, benda semua boleh settle even though masa nak balik tu kereta tayar kiri dua dua biji boleh langgar lobang then takde angin. Kesemua kami berhenti dalam hujan tu settlekan kereta kitorang. Nasih baik jugak pergi ramai ramai, cuba kalau kitorang je yang ada dekat sana, tak ke sumbat nak kena tunggu pagi? haha. Thanks semua, ribuan terima kasih diucapkan. 

Sini aku selitkan la jugak beberapa gambar untuk tatapan :)







Tuesday 2 October 2012

Keadaan sekeliling

Aku nak cakap tentang kita la, bukan melayu, bukan cina or apa apa. Tapi kita semua, Malaysian.
Bila tengok satu tragedi buruk berlaku je,takde nak fikir apa terus bash, terus kutuk hina apa semua.
Tapi kita lupa, adakalanya circle tu berputar ada kena mengena jugak dengan kita. Baik kita punya jiran, lecturer, student, cikgu ke semua apa ke, ada kena mengena dengan kemasyarakatan ni. Aku nak cakap beberapa situation jelah, then kita nilai sendiri.

1. Markah Teruk
Separuh orang memang jenis cepat tangkap dalam belajar, separuh lagi tu tak. Perasan kan? bila sekolah kita dibahagi ikut kelas, yang bijok dengan bijoook je, yang kurang ni? duduk sekelas, cikgu semua focus kejar nama, nak bagi diorang skor. Yang dekat belakang ni? Dibiarkan je, makin lama makin berabuk. Diorang jadi malas belajar sebab apa? Ada kalanya sebab sekeliling mereka. Cara diorang dibesarkan, kejiranan diorang, masyarakat kanan kiri diorang. Contoh kita kutuk anak orang sebelah rumah bebal la apa la, sekolah malas la, ada kita nak tolong dia? takde nyee, lagi dikata ada la.

2. Buang anak?
Orang keep bash orang yang buang anak ni kan, memang dia salah sebab buang anak, buat benda yang salah, maksiat semua tu, tapi dia takkan buang anak kalau tak sebab orang kanan kiri dia. Dia takkan buang anak kalau orang yang suruh, tapi apa yang buat dia buang anak sebab mulut orang. Dia nak kena menjaga nama, takut kena hina, masyarakat dok kutuk kutuk dia untuk jangka masa panjang. Senang kata dia buang sebab persekitaran dia jugak. Salahkan lelaki? Yes memang laki tu salah tapi punca sama je, jangan nak salahkan syaitan, dah memang janji dia untuk menyesatkan anak adam. Laki bernafsu and tergoda, tu salah dia, perempuan? salah ke menggoda? yes menggoda tu memang salah.

3.Racist
Aku tengok cerita gaduh, well cerita tu quite good actually.Gaduh kaum kaum kan? then ada yang tersepit la apa la kan. Tapi punca tu betul, sekitar dia. Dia dibesarkan, dengan dibagitau yang kaum ni macam ni macam ni, kaum ni macam ni macam ni, then dia dah terbiasa. So bukan senang nak ubah benda yang dah biasa kita hadap bertahun tahun, gentle ambik masa sikit. Then perasan kan bila orang cakap bab orang arab je, diorang cakap terrorist la, kasar la apa la. Dari dulu lagi, tiap tiap cerita yang aku tengok, biasanya kalay terrorist je mesti arab. Benda tu dah jadi macam mind set, peranan media dekat situ. Nampak kan mainan dia?

Well sekali lagi, aku taknak cakap tentang politik. Tak suka, siapa suka pergi cari tempat lain la eh? haha